|
| How 2 send your own story 2 PTS...
PTS ONE dan MISI PTS ONE Sdn Bhd adalah salah satu kumpulan PTS. Fokus kami adalah menerbitkan novel kanak-kanak, remaja dan remaja atasan. Kami mahu memperbanyakkan novel yang berbentuk humor, fantasi, dan sains fiksyen. CADANGAN TEMA NOVEL
PROPOSAL Langkah 1 Sinopsis. Sinopsis menceritakan keseluruhan idea seringkas mungkin. Sekurang-kurangnya satu muka surat saiz A4. Contoh: Rasyid seorang kanak-kanak yang obses dengan kartun. Orang tuanya risau dengan keadaan itu kerana Rasyid makin membesar. Keadaan ini menjadi buah mulut dan jadi bahan ejekan kanak-kanak sebaya Rasyid. Suatu hari, ketika pulang dari sekolah, Rasyid bersungguh sungguh memberitahu orang tuanya yang dia menjumpai binatang boleh bercakap. Semua orang tidak percaya kisahnya kerana menganggap itu adalah fantasi kartun Rasyid. Sebenarnya, apa yang Rasyid jumpa adalah binatang mutasi yang mengaku dia adalah hasil gabungan sperm manusia dan kucing. Makhluk mutasi itu memang kelihatan seperti watak kartun, iaitu Doraemon. Namun, akhirnya hebahan Rasyid terbukti selepas ada orang lain turut terserempak dengan makhluk umpama itu. Berlakulah perang habis-habisan bagi menghapuskan makhluk yang dianggap merbahaya itu. Rasyid tidak setuju dengan tindakan itu kerana makhluk itu comel seperti kartun. Rasyid membawa lari makhluk itu. Mereka mengembara keliling bandar bagi menyelamatkan makhluk itu daripada ditangkap. Pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang pengembaraan itu. Antaranya:
P/s: Sinospsis hanyalah lakaran kasar. Tidak semestinya diikut. Namun, bagi pihak penerbit, ia diperlukan bagi memudahkan pihak penerbit mengenalpasti tema cerita penulis. Perubahan cerita ketika menulis adalah perkara biasa. Bagi kami, asalkan tema yang cadangkan tidak lari jauh dari tema asal, ia boleh diterima. Langkah 2 Contoh Satu bab. Tulis sebahagian novel ilham anda. Format manuskrip di PTS adalah:
Langkah 3 Hantar. Selepas selesai membuat SINOPSIS dan CONTOH SATU BAB. Hantarlah idea anda itu ke email: ptsone@pts.com.my p/s: Syok! Adalah tema novel dewasa. Ia mengutamakan cerita lucu serta mempunyai nilai satira. FORMAT PENUH MANUSKRIP PTS ONE SDN BHD ( Remaja )
FORMAT PENUH MANUSKRIP PTS ONE SDN BHD ( Kanak-kanak )
FORMAT PENUH MANUSKRIP PTS ONE SDN BHD (Novel Syok!)
|