Like A Dream
Sahira Jailani-Fifteen-EXOstan



Entries About Linkies

Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Sesat Bab 1


Assalammualaikum and hye everyone! As I promised in my previous post, I'll updated my own story... So, here it is! (Big applause, Ceh :p) The title is 'Sesat'. Sorry for the title I can't really figured out other names... Hope you enjoyed it... I'll updated chapter over chapter... Comment please at the shoutbox! Thanks.. Enjoy tau!

BAB 1

Seawal jam 7:30 pagi, sudah ramai para siswa dan siswi berkumpul di dewan universiti. Hari ini satu ekspedisi 3 hari 2 malam ke hutan di Gunung Tahan akan diadakan. Ekspedisi itu melibatkan para penuntut jurusan Sains dan Perubatan seramai 14 orang pelajar dan tiga orang guru, iaitu Prof. Zakaria, Prof. Azman dan Prof. Maria. Mereka akan membuat kajian tentang tumbuhan hutan yang boleh dijadikan ubat.
               
    “Seronoknya! Rasa macam tak sabar nak pergi” ujar Emelda riang. “Mel, masuk ni dah kali kelima kau ulang dialog sama” kata Afina yang kelihatan sibuk dengan telefon bimbitnya. “Ye ek? Tak sedar pulak dah lima kali aku ulang” kata Emelda lagi. Afina tidak menjawab, jari-jarinya masih terus menekan-nekan telefon bimbitnya. Emelda menghampiri dengan senyap.
              
    “Mesej dengan siapa tu?” Emelda menyoal. “Aku tengah bermesej dengan Rizlah. Sempat lagi dia buat lawak time dia tengah cari kunci motor dia” Afina  menerangkan. Siap ditunjuk lagi telefon bimbitnya yang mengandungi mesejnya bersama Rizuan. Emelda membaca mesej itu satu-persatu sebelum dia juga tersengih-sengih sendirian.

From: Rizuan
      Aku lmbt ni sbb kunci motor aku. Manalah dia pergi tak balik2, jenuh dah aku cari. Bwh katil, atas katil, dlm laci,. Semua aku dah cari, tapi tak muncul-muncul jugak. Kan bagus klu kunci tu ada bunyi.


       “Apalah Riz tu. Sempat lagi” komen Emelda. Dua sahabat itu tergelak bersama. Seketika kemudian, mereka dihampiri Nadya dan Sarah yang baru sahaja sampai. “Hai korang!” sapa Nadya, ceria. “Hai, Nad, Sarah. Lambat korang sampai?” soal Afina. Hilang terus perkara mengenai Rizuan dan Khairi sebentar tadi.
               
      “Tadi kitorang singgah Starbuck sekejap. Beli kopi untuk elakkan kitorang berdua mengantuk dalam bas nanti. Disebabkan korang berdua tak minum kopi, aku belikan rotiboy ni untuk korang” kata Sarah lalu menyerahkan bungkusan berisi roti itu. “Arigatou Gozaimasu!” kata Afina dan Emelda serentak. Nadya dan Sarah melabuhkan punggung di sebelah mereka berdua. “Doitashimashite!” balas Nadya pula sebagai ucapan sama-sama. Mereka semua diam menikmati makanan dan minuman masing-masing.
              
       “Semua peserta diminta berkumpul!” satu pengumuman dibuat. “Korang, jom!” panggil Afina. Semua peserta kini berkumpul dihadapan pentas. “Bas kita akan sampai tak lama lagi. Jadi, kamu semua boleh berkumpul di hadapan pagar. Hati-hati, jangan bertolak-tolak” kata Prof. Zakaria. Semua peserta mula mengangkat beg-beg mereka dan mula bergerak ke luar dewan.


“EXCITEDNYA!” Nadya menjerit kecil. “Aku dengarkan dekat sana, ada macam-macam jenAkhil tumbuSarah yang boleh dijadikan ubat” kata Afina. “Kalau macam tu, banyaklah benda boleh kita jumpa” kata Sarah. “Nad, bukan kau sorang je excited, aku pun!” kata Emelda.
                
      Mereka tergelak kecil. “Hai korang!” sapa satu suara. Keempat-empat gadis itu menoleh. Kelihatan Khairi, Rizuan dan Akhil berada di belakang mereka. “Hai!” sapa Nadya. Kelihatannya, Sarah dan Emelda menjadi malu-malu. Afina pula, buat muka blur. “Awal korang sampai” kata Khairi. Matanya tak lepas-lepas memandang Afina, gadis yang menjadi pujaannya sejak di sekolah menengah. Tak sorang pun tahu akan rahsia hati Khairi itu. “Mestilah” jawab Emelda, mukanya dapat dikesan berubah sedikit kepada warna merah jambu. “Amacam Riz? Jumpa tak kunci motor kau?” soal Afina kepada Rizuan yang sedang sibuk berbual dengan Akhil.           

     “Jumpa. Kau nak tahu tak dekat mana?” soal Rizuan kembali. “Kat mana?” soal Afina yang beria-ia mahu tahu. “Kunci tu ada dalam poket seluar aku sepanjang aku mencari. Sebenarnya aku dah letak dalam poket aku, Cuma aku lupa je” kata Rizuan sambil tergelak-gelak kecil. “Kau tengok ni Fina, pakwe kau yang satu ni belum umur 60 lagi dah nyanyuk” usik Akhil. Afina tergelak dengan lawak Akhil “Ni mesti kes kau makan banyak semut” ujarnya dalam sisa ketawa. Namun bagi Akhil dan Rizuan, ianya bukan lawak. Rizuan juga seperti Khairi, menyimpan perasaan istimewa kepada Afina.
               
      “Oh, Hai, Sarah” sapa Akhil kepada Sarah yang dari tadinya diam sahaja. Sarah pula, terkejut bukan kepalang apabila lelaki yang diminatinya menyapa dia. “Ha... Hai” gagap Sarah membalas. Mukanya pula terasa panas. Nadya disebelah pula sudah menyiku Sarah sambil keningnya diangkat-angkat. Persis Ziana Zain saja lagaknya.  Sarah terasa seperti mahu menyorokkan saja mukanya. Rasanya mukanya pasti sudah merah seperti biji delima. Afina pula tersenyum simpul memerhatikan Sarah. Sarah, Sarah, bilalah kau nak luahkan perasaan kau kat Akhil? Baik cepat, Akhil ni dahlah jejaka idaman malaya. Getus hati Afina. Khairi berasa sedikit cemburu apabila melihat Afina berbual dengan Akhil dan Rizuan. Ikutkan hati, mahu saja dia pergi menyelit dan menyertai perbualan itu. Tapi, nanti mesti diorang pelik, paling-paling teruk, habis dia kena belasah dengan Afina yang ada tali pinggang hitam karate macam yang dia selalu kena masa sekolah dulu.

      Afina tu nampak je comel, ayu macam gadis melayu yang tak pernah berakhir, tapi kalau ada orang kacau, memang saja nak masuk ICU lah kan. Niatnya itu dibatalkan. Khairi melihat sahaja kemesraan Afina bersama Rizuan dan Akhil. ‘Fina, kau tahu tak perasaan aku sekarang ni? Rasa macam nak je aku pergi sana tarik kau dari situ’ hati Khairi berbicara.

Emelda bermain dengan hujung rambutnya. Dia menjadi tidak keruan apabila lelaki yang disukainya berada dekat dengannya. Emelda kaku. Dia tidak mampu bersuara apabila berada dekat dengan Khairi. Namun, dia cuba menguatkan semangat. “Khai, kau pernah masuk hutan?” soal Emelda membuka bicara. Khairi mengalihkan pandangannya. Emelda makin tidak keruan. Terasa seperti ada sesuatu di dalam perutnya. Bak kata orang putih ‘There’s a butterfly in your stomach’ gitulah. “Pernah. Banyak kali jugaklah” jawab Khairi. Sedikit sebanyak hilang juga rasa cemburunya tadi.  Emelda cuba berlagak selamba.

“Dalam hutan tu safe ke tak ek? Kita takutlah” kata Emelda.

“Insyaallah safe. Rilekslah” kata Khairi.

“Serius?”

“Yup. Ikut je cakap Prof. Insyaallah, we’ll be fine” Khairi menyakinkan Emelda.

“Thanks, Khai. Kau memang best!” kata Emelda, berterima kasih.

“Don’t mention it” kata Khairi.

Emelda tersenyum. Tercapai juga impiannya mahu berbual lama dengan Khairi. Happynya terasa hati ini. Rasa macam nak melompat gaya kanak-kanak ribena riang-ria je.


Indahnya rasa hati, dapat berbual dengan buah hati,
Gembiranya hati, kalau betul-betul jadi buah hati.

Tiba-tiba pula Emelda berbakat dalam mencipta pantun. Dia tersenyum lagi. “Oi, loving couple beside the bus. Nak naik ke atau nak teruskan berdating?” selamba sahaja Afina menegur. Kacau daun! Emelda dan Khairi tersedar. Rizuan, Nadya, Akhil dan Sarah sudah tersenyum nampak gusi. Afina pula, terkekeh-kekeh dia ketawa. Akhirnya, semua peserta ekspedisi memulakan perjalanan mereka ke Gunung Tahan.


KEHIJAUAN hutan menyambut kehadiran mereka ke Negeri Pahang Darul Makmur. Keindahan ciptaan ILAHI mengamit pemandangan pengunjung. “Subhannallah, cantiknya!” tutur Sarah. Matanya tak lepas-lepas daripada memandang pokok-pokok hutan itu. “Nad, tengoklah tu. Cantik kan” kata Sarah lalu menunjuk-nunjuk kearah hutan yang tebal yang sekali pandang macam brokoli gergasi! Namun tidak mendapat balasan kerana Nadya disebelahnya sedang sedap membuat taik mata! Tergelang-geleng Sarah dibuatnya.
                
     “Sarah suka hutan?” soal Akhil tiba-tiba. Sarah tersentak. “Su..suka” jawab Sarah teragak-agak. Wahai hati, janganlah kau berdegup kencang bagai nak gila, kata Sarah dalam hati. “Hmmm... jarang Akhil dengar ada perempuan yang sukakan hutan. Kakak Akhil sendiri pun tak sukakan hutan. Katanya, kotorlah, bosanlah. You’re the first girl I’ve known said that she like forest” kata Akhil membuatkan Sarah tersipu-sipu. Akhil mempamerkan senyuman sebelum memandang kehadapan semula. Sarah menjeling Nadya. Fuh~ satu nafas kelegaan dilepaskan. Nasib baik, dia ni tidur. Kalau tak, malu aku dibuatnya. Sarah memfokus semula kepada pemandangan tadi.

“ABANG, Fina okey je. Belum masuk hutan pun lagi. Tak payahlah abang nak risau” ujar Afina dalam perbualan bersama abangnya, Affin. “Mestilah abang risau. Fina tu satu-satunya adik abang” ujar Affin, nadanya kelihatan penuh kerisauan. “Wahai kakandaku sayang, janganlah risau. Adindamu disini baik-baik saja” Afina memujuk abangnya dengan menggunakan bahasa istana dahulukala.
               
            “Mulalah nak buat loyar buruk dia tu” kata Affin.
               
              “Biasalah, macam abang baru satu minit kenal Fina”
              
             “Dahlah tu, Fina. Abang nak letak” ujar Affin.
             
              “Eh! Tadi bukan main lagi risau. Ni nak tutup dah?”
               
               “Yelah. Dah Fina buat loyar buruk. Malaslah abang nak layan”
              
                “Ok, sorry-sorry. Fina mintak maaf” Afina meminta maaf.

“Hmm... apa-apalah. Ingat pesan abang, masuk hutan tu hati-hati. Mulut tu jaga. Ikut Prof. Tu baik-baik. Jangan sampai Fina sesat pulak” Affin memberi peringatan.

“Aye-aye, kapten! Abang Fif mana? Fina nak cakap dengan Abang Fif” pinta Afina. Dia mahu bercakap dengan abangnya yang seorang lagi, Afif.

“Hai, Fina! Abang ada dekat sini dari tadi. Abang Fin saja je tak kasi abang cakap” rengek Afif. Tergelak-gelak Afina di hujung sana.

“Mana ada orang tak kasi. Dia yang mengada-gada tak nak cakap” kata Affin pula.

“Abang! Dahlah, tak payah gaduh”

“Fina jaga diri tau. Dahlah abang jauh, tak dapat nak datang selamatkan kalau apa-apa jadi. Ingat tau, jaga diri elok-elok. Kalau jumpa benda pelik-pelik, jangan ambil” giliran Afif pula yang memberi peringatan. Sesekali kedengaran suara Affin berkata betul.

“Ye abang-abangku sayang, Okaylah Fina nak letak dulu ni. Habis kang prepaid Fina cakap lama-lama” Afina masih bergurau.

“Fina! Ingat cakap abang. Jangan main-main!” Affin dan Afif berpadu suara berkata.

“Ye abang. Fina janji, Fina ikut cakap abang berdua” Afina mengalah.

“Take care tau. Assalammualaikum” kata Affin.

“Take care. Ingat pesan abang tu” kata Afif pula.
       
“Waalaikusalam. Ye abang” talian dimatikan. Afina menyandarkan diri. Tak pernah-pernah pulak abang Fin dengan Abang Fif nak risau sampai macam ni. Last time diorang risau macam ni, masa aku ada kem tingakatan lima dulu. Time tu aku terjatuh dalam sungai. Itu pun tak lama, 1 jam lepas tu, diorang jumpa aku. Janganlah jadi apa-apa lagi. AMIN!
      
      “Risau bebenar abang Affin dengan abang Fif kau tu” kata Emelda. Dia terdengar tadi perbualan Afina bersama abang-abangnya sebentar tadi. “Biasalah abang-abang aku tu. Tapi pelik jugak aku, tetiba je diorang jadi macam tu” ujar Afina. “Kau kan satu-satunya adik diorang. Mestilah risau” kata Emelda. “Ye tak ye jugak. Maklumlah, aku ni kan  Fina yang cantik lagi comel. Mestilah dia risau” Afina sudah mula membuat loyar buruknya. Emelda memukul Afina dengan majalah Smash Hit ditangannya. “Eh, mak cik ni. Buat lagi” kata Emelda. Afina tersengih-sengih.


AKHIRNYA, bas mereka berhenti di suatu tempat. Semua peserta diminta turun. Rizuan dan Khairi menjadi orang pertama yang turun. Diikuti Akhil dan yang lain-lain dibelakang. “Wah! Nyamannya udara dekat sini” ujar Nadya. Terus segar mindanya selesai tidur didalam bas tadi. Berderu-deru oksigen masuk. Kalau ulangkaji ni, komfem masuk 200%.
.
“Segarnya udara dekat sini. Tak macam KL” Sarah menyetujui kata-kata Nadya. Semua peserta berkumpul untuk mendengar arahan daripada Prof. Zakaria. “Alhamdulillah, kita semua dah selamat sampai. Sekarang kita akan trekking dalam hutan untuk kita sampai ke tapak perkhemahan kita. Kita juga akan menyeberang sungai dan menuruni cerun. Jadi saya harap kamu semua berhati-hati dan jangan tolak-menolak” Prof. Zakaria. “Prof. Azman akan mengetuai di hadapan. Saya di belakang dan Prof. Maria di tengah” ujarnya lagi. “Baiklah, kita mula bertolak sekarang” kata Prof. Azman pula. Para peserta mula bergerak ke dalam hutan tersebut.
                
                “Dah lama rasanya tak masuk hutan” kata Afina, dia mendepakan tangannya. “Lama? Bukan baru cuti sem lepas kau cakap kau dengan abang kau pergi trekking kan?” Emelda mengingatkan perkara yang tidak sampai beberapa bulan lalu berlaku. “Oh! Ek? Lupa pulak aku” kata Afina. “tulah, makan banyak semut lagi” Rizuan yang sedari tadi mendengari perbualan dua sekawan itu menyampuk. Sebenarnya dia sengaja memulangkan paku buah keras kepada Afina yang terang-terangan mengata dirinya tadi. “Eh, sedap je cakap aku makan semut. Sedap sangat ke semut tu sampai aku nak makan? Kalau sedap pun, besarlah sikit, ni kecik cenonet je. Makan satu lori pun tak kenyang” kata Afina dengan lawak loyar buruknya. “Ha, kantoi. Suka makan semut. Nanti aku bagitau Prof. suruh masakkan kau lauk semut masak sambal” Rizuan mengejek Afina lagi. Afina pula sudah naik angin, terus sahaja dia membantai Rizuan dengan penumbuknya. Hah! Padan muka! Rizuan pula mengaduh sakit.
                
                  Afina apa lagi, tersenyum bangga dia. “Amacam sedap tak?” soal Afina sengaja. “Sedap. Rasa macam makan aiskrim dekat Baskin Robin je” kata Rizuan sambil menggosok-gosok tangannya yang berbekas merah itu. “Sedap? Nak lagi tak? Kali ni biar aku tambah perisa lain pulak” kata Afina lagi. “Eh.. eh... tak pe. Dah cukup sedap dah ni” Rizuan mengelak. Kalau kena lagi, mau patah tangan aku ni dibuatnya. Tergelak-gelak Afina dibuatnya. Emelda yang sedari tadi menonton sahaja sketsa tersebut turut menghamburkan tawanya. Rizuan memasamkan wajahnya. “Tak pe korang, gelakkan aku. Aku nangis kang” Rizuan berpura-pura menangis. Kononnya terasa hati dengan mereka berdua. “Ayok, Mel. Kau buat” kata Afina, kali ini Emelda pula dipersalahkan. “Hah? Asal aku pulak?” Emelda menjadi blur apabila disergah sebegitu. Kali ini, Afina dan Rizuan pula bantai gelak bersama melihat muka blur Emelda yang nampak lurus itu. Emelda masih tidak mengerti apa yang diketawakan mereka itu. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.


SEDARI tadi Akhil memerhatikan Khairi yang monyok macam cekodok basi. Akhil pasti ada yang tidak kena pada rakannya itu, Cuma dia tidak pasti apakah yang menganggu fikiran rakannya itu. Lalu Akhil bertanya.
                
          “Khai, kau okay?Dari tadi aku tengok monyok je” soalnya. Khairi yang seolah-olah tersedar bahawa ada seseorang bersamanya pantas menoleh, “Tak ada apa-apalah” jawab Khairi lesu. Akhil tidak berpuas hati dengan pernyataan yang keluar dari mulut Khairi itu. “Cakaplah. Mana tahu aku boleh tolong. Kau selalu tak macam ni” kata Akhil lagi. Khairi diam, sebenarnya dia jadi sebegitu disebabkan sudah tentunya Rizuan. Dia agak geram apabila melihat Rizuan rapat dengan Afina. “Ermm...” Khairi kelihatan ragu-ragu untuk memberitahu. Akhil masih menunggu jawapan. “Nantilah” jawab Khairi pendek. Akhil diam, dia membiarkan sahaja.
               
         Perjalanan mereka diteruskan ke dalam hutan. Semua peserta gembira tak terkata. Ada yang mengambil kesempatan bergambar. Ada juga yang sedang menulis sesuatu, entah apa yang ditulisnya pun tak tahu. Yang penting kesemua peserta sedang gembira. Bak kata orang putih, having a blast!